Penat lelah akan berbaloi sekiranya hasil yang diusahakan mengeluarkan hasil Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas limpah dan izinnya, rumah cendawan yang diusahakan oleh Cikgu Kamal dan anak-anak didiknya menjadi realiti jua akhirnya. Baru seminggu benih diletakkan di dalam rumah cendawan, minggu ini telah membuahkan hasilnya. Kami guru-guru pendidikan khas dan anak-anak didik dapat merasa hasil pertama yang dikeluarkan oleh cendawan itu..
Inilah rupa cendawan yang baru beberapa hari tumbuh. Cendawan ini akan matang (boleh dituai) pada keesokkan harinya.. Cendawan adalah satu spesis tumbuhan yang mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit, tetapi tetap cerewet. Bak kata pengusahanya, Cikgu Kamal, di rumah cendawan ini tidak boleh memakai wangi-wangian, bising dan terlalu panas. Ini bermakna, jika pelawat yang hadir untuk melihat cendawaan bukanlah dalam kalangan orang yang baru memancitkan minyak wangi di badannya, orang yang suka bercakap tanpa henti dan mengeluarkan suara yang kuat dan cuaca yang panas sama ada orang terlalu ramai atau persekitaran di kawasan rumah cendawan itu. Petua haruslah diikuti kerana jika langgar petua nescaya cendawan akan merajuk dan tidak mengeluarkan hasilnya.
Rumah cendawan ini memuatkan sekitar 300 ikat habuk kayu yang telah diletakkan benih cendawan. Banyak juga tu.. Dalam gambar menunjukkan proses membuka ikatan di bahagian hadapan ikatan habuk kayu, proses ini untuk cendawan yang baru hendak tumbuh menjadi lebih besar dan tempat yang selesa untuk pertumbuhannya. Proses ini adalah proses yang asas kerana cendawan akan memecahkan ikatan getah yang ditutupi dengan akhbar dan hasilnya, cendawan tidak begitu tumbuh dengan baik.
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, silalah berhubung dengan Cikgu Kamal, lebih banyak pertanyaan lebih banyak ilmu yang kita dapat. Ilmu yang ada akan bercambah sekiranya dikongsi bersama. Ilmu yang disimpan akan berkarat menjadi harta yang terpendam selamanya. Datanglah untuk berkongsi cerita dan ilmu. Wasalam
No comments:
Post a Comment