Wednesday, April 28, 2010

Usaha Berterusan



Penat lelah akan berbaloi sekiranya hasil yang diusahakan mengeluarkan hasil Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas limpah dan izinnya, rumah cendawan yang diusahakan oleh Cikgu Kamal dan anak-anak didiknya menjadi realiti jua akhirnya. Baru seminggu benih diletakkan di dalam rumah cendawan, minggu ini telah membuahkan hasilnya. Kami guru-guru pendidikan khas dan anak-anak didik dapat merasa hasil pertama yang dikeluarkan oleh cendawan itu..



Inilah rupa cendawan yang baru beberapa hari tumbuh. Cendawan ini akan matang (boleh dituai) pada keesokkan harinya.. Cendawan adalah satu spesis tumbuhan yang mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit, tetapi tetap cerewet. Bak kata pengusahanya, Cikgu Kamal, di rumah cendawan ini tidak boleh memakai wangi-wangian, bising dan terlalu panas. Ini bermakna, jika pelawat yang hadir untuk melihat cendawaan bukanlah dalam kalangan orang yang baru memancitkan minyak wangi di badannya, orang yang suka bercakap tanpa henti dan mengeluarkan suara yang kuat dan cuaca yang panas sama ada orang terlalu ramai atau persekitaran di kawasan rumah cendawan itu. Petua haruslah diikuti kerana jika langgar petua nescaya cendawan akan merajuk dan tidak mengeluarkan hasilnya.


Rumah cendawan ini memuatkan sekitar 300 ikat habuk kayu yang telah diletakkan benih cendawan. Banyak juga tu.. Dalam gambar menunjukkan proses membuka ikatan di bahagian hadapan ikatan habuk kayu, proses ini untuk cendawan yang baru hendak tumbuh menjadi lebih besar dan tempat yang selesa untuk pertumbuhannya. Proses ini adalah proses yang asas kerana cendawan akan memecahkan ikatan getah yang ditutupi dengan akhbar dan hasilnya, cendawan tidak begitu tumbuh dengan baik.


Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, silalah berhubung dengan Cikgu Kamal, lebih banyak pertanyaan lebih banyak ilmu yang kita dapat. Ilmu yang ada akan bercambah sekiranya dikongsi bersama. Ilmu yang disimpan akan berkarat menjadi harta yang terpendam selamanya. Datanglah untuk berkongsi cerita dan ilmu. Wasalam














































































Friday, April 16, 2010

mari memasak pizza mini...

klas memasak cikgu maznah..
cikgu maznah sebagai mentor..cikgu balkis as protege..students sebagai mentee..
belajar cara membuat pizza mini..



adunan tepung yang dibentuk bulat dileperkan di bahagian tengah..






bertukar...seperti gambar di sebelah..hehhe








murid-murid menaburkan
inti pizza di atas adunan roti
yang dileperkan tadi.












Align Right
bakar di dalam oven selama 20 minit..








finnally, barulah letakkan sos cili dan mayonis..
ermm..sedapnye..
pizza mini siap..
boleh dibeli di blok pendidikan khas tsni dengan harga rm1.50 sahaja..

kejohanan olahraga pendidikan khas johor bahru...

hmm..dah lambat tapi nak update jugak..
kejohanan olahraga pendidikan khas johor bahru telah diadakan di sekolah kebangsaan taman universiti 4..pada 30 Mac yang lepas..huhu..seramai 12 orang pelajar pendidikan khas smktni telah menyertai kejohanan olahraga ini.

gambar untuk tatapan semua...





Khairul yang bersemangat lari..gambate!!..



Zakiah boleh dapat tempat pertama tetapi kurang bernasib baik kerana tudung telah menutupi mukanya..xpe2..tahun dpn cuba lagi..







budi yang mengalami kecederaan di kaki tidak dapat meneruskan lariannya di final [malu2 kucing gambarnya diambil] ..sian dia....



Aznifa yang berlari sampai tertinggal kasutnya kat mana ntah..



Tahniah kepada hafiz kerana berjaya mendapat 2 pingat emas untuk acara lempar cakera dan juga lontar peluru..xsia2 berbadan sasa kan??..heheh

tahniah juga kepada noni kerana mendapat tempat kedua dalam acara rejam lembing..
last but not least...ini dia gambar pelajar-pelajar bersama guru-guru mereka yang muda2 dan manis2 orangnya [cikgu ani, cikgu ayu dan cikgu aqish]..ahaks


terima kasih kepada Kak Gayah kerana menyediakan sarapan pagi dan air...sedap kak..lain kali boleh buatkan lagi ye...hehe..

buat pelajar, tahniah kepada yang berjaya..yang tidak berjaya jangan putus asa..tahun depan cuba lagi..bye~


Tuesday, March 2, 2010

Sempena Sambutan Majlis Hari Lahir Guru dan Pelajar Pendidikan Khas pada bulan Februari 2010












Sempena Hari Lahir :

Cikgu Maznah yang ke 50 tahun

Cikgu Ayu yang ke 27 tahun

Mohammad Zarhan yang ke 21 tahun

Muhammad Shukery Zefri yang ke 15 tahun

Mohamad Johari yang ke 13 tahun


Happy jek diorang ni..

Monday, March 1, 2010

Aktiviti Perkebunan & Ceria Taman

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bancuhan simen dengan cara yang betul. Kelihatan Cikgu Kamal dan pelajar pendidikan khas hendak membancuh simen.


Masa ni simen masih basah lagi. Kenalah cepat-cepat tampal batu. Tampal batu pun nak kena tunjuk "peace" ker? Ni la gaya Cikgu Balkhis.. Ish..Ish..Ish... Pelajar pendidikan khas tunduk malu-malu lagi. Setelah siap.. Ini lah hasilnya.. Pintu masuk dan batu refleksologi.. Kiranya 2 dalam 1. Kelihatan Cikgu Ani dan Cikgu Balkhis setelah menyiapkan hasil susunan batu mereka..



Sunday, February 21, 2010

Kejohanan Sukan SMKTSNI

Pelajar pendidikan khas turut serta memeriahkan Kejohanan Sukan Olahraga SMKTSNI dengan menghantar peserta untuk acara larian 50 meter.